.

.

Thursday 17 April 2014

KENALI SHAKLEE...









KENALI SHAKLEE

Shaklee Corporation




Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi 
No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama 
lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan 
isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat 
dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan 
tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya 
pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, 
produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk 
kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan 
sains yang terbaik.



Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul 
dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang
tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem 
rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim 
dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu 
daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan 
industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia 
telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50
tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping 
lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi 
di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat 
dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk 
Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, 
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan 
iaitu Jaminan 100% Shaklee. 



Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran
produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee
membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, 
satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. 
Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma 
dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah 
akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh 
Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah 
bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat 
di Kenya selama lebih 25 tahun.



Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada
Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran
sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok.
Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate
Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee
merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam
pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan
menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran
pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai
sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk
Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya. 





No comments:

Post a Comment