.

.
Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts

Friday, 2 May 2014

RESEPI ESP




20 RESEPI ISTIMEWA ESP... shake n take...!!

  1. ESP + air suam
  2. ESP + fresh milk.... (susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + fresh milk + kurma... (rendam kurma dlm susu.. blend n shake with ESP)
  4. ESP + susu Anmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + Meal Shakes Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister / tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + jus buah-buahan
10. ESP + milo / horlicks
11. ESP + sirap / bandung
12. ESP + madu + susu segar + oat + koko blend and shake
13. ESP + koko / oat
14. ESP + serbuk coklat cadbury / milo + susu HL
15. ESP + kurma + oat + susu tepung + madu
16. ESP + kurma + kismis + badam
17. ESP + Meal Shakes + milo
18. ESP + Nestle Bliss
19. ESP + Nestum + Meal Shakes + susu uht
20. ESP + Lassi buah-buahan.....

Tuesday, 22 April 2014

SET PENYUSUAN TERLARIS.....!!! PILIHAN BIJAK IBU-IBU..







FUNGSI SET 3M..... 



Vitamin yang sesuai untuk penyusuan yang dsyorkan adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP dan Ostematrix.


Berikut ialah sekilas fakta mengenai setiap vitamin.


VITALEA (MULTIVITAMIN)~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.



B-COMPLEX~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



VITAMIN C ~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.


ALFALFA~Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)~Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


OSTEMATRIX~Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bay

Thursday, 17 April 2014

PELAJARI KAEDAH POWER PUMPING..!!



Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.



Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.



Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.



Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.



Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...



** Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata,
“Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

TIPS DAN AMALAN DALAM PENYUSUAN


TIPS DAN AMALAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN
SUSU IBU......


KEPADA IBU-IBU DI LUAR SANA.....

TENTU ANDA AKAN MERASA RISAU DAN BIMBANG JIKA ANDA MENDAPATI MASALAH-MASALAH BERIKUT:


- Ketiadaan susu badan..

- Susu semakin berkurangan lebih-lebih lagi setelah habis pantang.....

- Tidak banyak susu yang dihasilkan walaupun kerap mengepam..

- dan lain-lain masalah penyusuan...




JANGAN BERPUTUS ASA...

Banyak tips dan tenik juga amalan-amalan yang ingin saya kongsikan disini.....

Selamat Membaca....!!



  1. Persiapan ilmu Penyusuan

    • Wanita yang merancang kehamilan terutama buat kali pertama perlu membuat persiapan ilmu penyusuan dengan menghadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh badan swasta atau hospital kerajaan. Persediaan awal pentig bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai masalah penyusuan dan persediaan mental agar tidak panik selepas melahirkan anak pertama.
  2. Bertanyakan pengalaman rakan-rakan

    • Bertanyakan rakan-rakan dan saudara mara mengenai tips dan pengalaman mereka yang menyusukan anak secara eksklusif enam bulan pertama sehingga usia bayi 2 tahun walaupun bekerja.
  3. Menyusu Seawal Mungkin

    • Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting.
    • Jika kelahiran secara pembedahan, mereka perlu dibantu dalam usaha meletakkan bayi pada posisi sesuai untuk penyusuan. Ternyata, lebih awal proses penyusuan susu ibu berlangsung, lebih tinggi kadar kejayaan dan kelangsungan penyusuan susu ibu berlaku.
  4. Belajar Bertenang

    • Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.
  5. Menyusu dengan Kerap

    • Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.
  6. Elakkan Susu Formula

    • Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi
  7. Pam Susu

    • Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).
    • amalkan POWER PUMPING bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekeringan susu...
  8. Amalkan Makanan Sihat

    • Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari. 




AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH....


Kita juga sangat digalakkan untuk mengamalkan doa-doa dan surah yang pastinya mengandungi hikmah dan keajaiban tersendiri..

Dimulai dengan niat murni untuk menyusukan anak sehingga sempurna tempoh penyusuannya... 

bila kita mempunyai niat untuk sesuatu perkara, maka kita juga telah menyediakan mental untuk perkara tersebut... 
penyusuan adalah sesuatu yang berkait dengan mental dan emosi..
oleh itu ibu-ibu sangat digalakkan untuk berfikiran positif dan yakin bahawa susu ibu adalah datang dari khazanah Allah SWT yang sangat luas....

seterusnya......

1. membaca surah al-hujuraat..... (untuk menambah susu)

2. makan madu, kurma dan habbatus sawdaa'.... (untuk tenaga dan tambah susu)


**********************************************************************************************************************************

Tuesday, 8 April 2014

SUSU MERIAH DENGAN SET 3M SHAKLEE.....!!


SUSU MERIAH DENGAN SET 3M SHAKLEE.....!!


MARI KITA LIHAT TESTIMONI PENGGUNA SET PENYUSUAN SHAKLEE......






























TENTU ANDA SEMUA INGIN MENJADI SEPERTI MEREKA..... :)  :)  :)

JADI APA TUNGGU LAGI.....???
MARI DAPATKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE ANDA....


HUBUNGI SAYA : sms / call / whatsapp - KAUTHAR ROSLANI 
                                                                 013-3857332



DISINI SAYA JUGA INGIN BERKONGSI TIPS-TIPS JUGA AMALAN SEMASA MENYUSUKAN ANAK:....

Antaranya:
   
1. perbanyakkan selawat...elakkan dari mendengar selain perkara-perkara yang baik.. kerana setiap molekul air yang diminum akan terbentuk dan masuk ke dalam pemakanan anak-anak...

2. bacakan : Ya Razzaq..Ya Razzaq.. untuk kecerdasan minda.. insyaAllah..

3. bacakan surah al-qadr (inna anzalnaa).. juga untuk membentuk anak yang soleh solehah insyaAllah..

* surah Al-Hujuraat juga mampu untuk menambah air susu badan..bi iznillah.. :) :)




Wednesday, 26 March 2014

SET PENYUSUAN SHAKLEE



 Assalamualaikum semua....~~

Harap-harap semua sihat hendaknye..insyaAllah.. 

Entri kali ni saya nak share mengenai Set Penyusuan Shaklee...






Saya sendiri telah menggunakan set penyusuan SHAKLEE selepas bersalin anak kedua.. Alhamdulillah memang nampak hasil yang tersangat memuaskan dan membahagiakan.....
sekarang anak dah nak masuk 11 bulan masih fully bf... 


so kat sini saya nak share dgn anda semua tentang jenis-jenis set penyusuan shaklee dan fungsi setiap supplement yang perlu diambil... dan yang penting set ini bukan hanya memperbanyakkan dan memeriahkan susu sahaja, tetapi ia memberikan khasiat dan membekalkan zat yang diperlukan oleh ibu-ibu menyusu....... 
yang akan membuatkan anda kelihatan segar dan bertenaga sepanjang hari... insyaAllah...

Jadi....bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, atau baru nak start buat stok, atau ingin menambah kuantiti susu, bolehlah mencuba dan merasai keberkesanannya...


Begitu juga ibu-ibu yang nak buat persiapan menghadapi bulan Ramadhan tak lama lagi...so ape kata kita survey dulu set mana yang kita perlu.... :)





SET PENYUSUAN SHAKLEE  - ada 4 SET semuanya...



1. Set B

    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 
      1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
      2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu.
      3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


2. Set Eu Four Pack

    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
      1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
      2. Ibu yang keletihan.
      3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
      4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.



3. Set E 
    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 
      1. Ibu yang sering keletihan melampau.
      2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
      3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
      4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.


4. Set 3M  
    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 
    ini adalah set yang PALING LARIS....

      1. Ibu kepada bayi kembar
      2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
      3. Ibu yang nak kumpul stok.
      4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
      5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini. 

* klik disini untuk mengetahui fungsi set 3M....!!



ANDA JUGA BOLEH MEMILIH SET INI.... 
SET PENYUSUAN BUDGET....!






OK... Sekarang ibu-ibu perlu tahu pula ape fungsi setiap satu supplement ni...

1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin berserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

2. B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri.

3. Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantik...!!

4. Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.

5. Kalsium@ Ostematrix : Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

6. ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


** Pengambilan vitamin adalah bagi memastikan kesihatan ibu berada pada kadar optimum. Maka penghasilan susu akan lebih lancar InshaAllah.



10 'Side Effect' yg biasa dialami oleh para ibu menyusu setelah mengambil 
Set Penyusuan Shaklee secara konsisten: *(bergantung kpd badan setiap individu)

1. Bayi lebih cepat kenyang (kesan pengambilan ESP)
2. Susu lebih pekat (kesan pengambilan ESP)
3. Penghasilan susu yg lebih cepat for next pumping session (kesan pengambilan Alfalfa)
4. Membantu ibu lebih ceria dan kurang stres (kesan pengambilan B-complex)
5. Susu tidak merudum walaupun period (kesan pengambilan Ostematrix (kalsium-magnesium))
6. Ibu dan baby tidak mudah sakit (kesan pengambilan Vitamin C & Vitalea)
7. Ibu tidak mudah letih (kesan pengambilan Vitalea dan ESP/ Meal Shake)
8. Membantu menurunkan berat badan si ibu secara alami (kesan pengambilan ESP, Omega, Lecithin, dan Alfalfa)
9. Ibu tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah (kesan pengambilan Vitalea)
10. Berat bayi selari dgn pembesarannya (kesan pengambilan Vitalea)