.

.

Thursday 17 April 2014

TIPS DAN AMALAN DALAM PENYUSUAN


TIPS DAN AMALAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN
SUSU IBU......


KEPADA IBU-IBU DI LUAR SANA.....

TENTU ANDA AKAN MERASA RISAU DAN BIMBANG JIKA ANDA MENDAPATI MASALAH-MASALAH BERIKUT:


- Ketiadaan susu badan..

- Susu semakin berkurangan lebih-lebih lagi setelah habis pantang.....

- Tidak banyak susu yang dihasilkan walaupun kerap mengepam..

- dan lain-lain masalah penyusuan...




JANGAN BERPUTUS ASA...

Banyak tips dan tenik juga amalan-amalan yang ingin saya kongsikan disini.....

Selamat Membaca....!!



  1. Persiapan ilmu Penyusuan

    • Wanita yang merancang kehamilan terutama buat kali pertama perlu membuat persiapan ilmu penyusuan dengan menghadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh badan swasta atau hospital kerajaan. Persediaan awal pentig bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai masalah penyusuan dan persediaan mental agar tidak panik selepas melahirkan anak pertama.
  2. Bertanyakan pengalaman rakan-rakan

    • Bertanyakan rakan-rakan dan saudara mara mengenai tips dan pengalaman mereka yang menyusukan anak secara eksklusif enam bulan pertama sehingga usia bayi 2 tahun walaupun bekerja.
  3. Menyusu Seawal Mungkin

    • Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting.
    • Jika kelahiran secara pembedahan, mereka perlu dibantu dalam usaha meletakkan bayi pada posisi sesuai untuk penyusuan. Ternyata, lebih awal proses penyusuan susu ibu berlangsung, lebih tinggi kadar kejayaan dan kelangsungan penyusuan susu ibu berlaku.
  4. Belajar Bertenang

    • Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.
  5. Menyusu dengan Kerap

    • Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.
  6. Elakkan Susu Formula

    • Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi
  7. Pam Susu

    • Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).
    • amalkan POWER PUMPING bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekeringan susu...
  8. Amalkan Makanan Sihat

    • Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari. 




AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH....


Kita juga sangat digalakkan untuk mengamalkan doa-doa dan surah yang pastinya mengandungi hikmah dan keajaiban tersendiri..

Dimulai dengan niat murni untuk menyusukan anak sehingga sempurna tempoh penyusuannya... 

bila kita mempunyai niat untuk sesuatu perkara, maka kita juga telah menyediakan mental untuk perkara tersebut... 
penyusuan adalah sesuatu yang berkait dengan mental dan emosi..
oleh itu ibu-ibu sangat digalakkan untuk berfikiran positif dan yakin bahawa susu ibu adalah datang dari khazanah Allah SWT yang sangat luas....

seterusnya......

1. membaca surah al-hujuraat..... (untuk menambah susu)

2. makan madu, kurma dan habbatus sawdaa'.... (untuk tenaga dan tambah susu)


**********************************************************************************************************************************

No comments:

Post a Comment