.

.

Wednesday, 26 March 2014

SET PENYUSUAN SHAKLEE



 Assalamualaikum semua....~~

Harap-harap semua sihat hendaknye..insyaAllah.. 

Entri kali ni saya nak share mengenai Set Penyusuan Shaklee...






Saya sendiri telah menggunakan set penyusuan SHAKLEE selepas bersalin anak kedua.. Alhamdulillah memang nampak hasil yang tersangat memuaskan dan membahagiakan.....
sekarang anak dah nak masuk 11 bulan masih fully bf... 


so kat sini saya nak share dgn anda semua tentang jenis-jenis set penyusuan shaklee dan fungsi setiap supplement yang perlu diambil... dan yang penting set ini bukan hanya memperbanyakkan dan memeriahkan susu sahaja, tetapi ia memberikan khasiat dan membekalkan zat yang diperlukan oleh ibu-ibu menyusu....... 
yang akan membuatkan anda kelihatan segar dan bertenaga sepanjang hari... insyaAllah...

Jadi....bagi ibu-ibu yang sedang berpantang, atau baru nak start buat stok, atau ingin menambah kuantiti susu, bolehlah mencuba dan merasai keberkesanannya...


Begitu juga ibu-ibu yang nak buat persiapan menghadapi bulan Ramadhan tak lama lagi...so ape kata kita survey dulu set mana yang kita perlu.... :)





SET PENYUSUAN SHAKLEE  - ada 4 SET semuanya...



1. Set B

    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 
      1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
      2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu.
      3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


2. Set Eu Four Pack

    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.
      1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
      2. Ibu yang keletihan.
      3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
      4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.



3. Set E 
    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 
      1. Ibu yang sering keletihan melampau.
      2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
      3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
      4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.


4. Set 3M  
    Terdiri dari Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 
    ini adalah set yang PALING LARIS....

      1. Ibu kepada bayi kembar
      2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
      3. Ibu yang nak kumpul stok.
      4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
      5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini. 

* klik disini untuk mengetahui fungsi set 3M....!!



ANDA JUGA BOLEH MEMILIH SET INI.... 
SET PENYUSUAN BUDGET....!






OK... Sekarang ibu-ibu perlu tahu pula ape fungsi setiap satu supplement ni...

1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin berserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

2. B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri.

3. Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantik...!!

4. Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.

5. Kalsium@ Ostematrix : Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

6. ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


** Pengambilan vitamin adalah bagi memastikan kesihatan ibu berada pada kadar optimum. Maka penghasilan susu akan lebih lancar InshaAllah.



10 'Side Effect' yg biasa dialami oleh para ibu menyusu setelah mengambil 
Set Penyusuan Shaklee secara konsisten: *(bergantung kpd badan setiap individu)

1. Bayi lebih cepat kenyang (kesan pengambilan ESP)
2. Susu lebih pekat (kesan pengambilan ESP)
3. Penghasilan susu yg lebih cepat for next pumping session (kesan pengambilan Alfalfa)
4. Membantu ibu lebih ceria dan kurang stres (kesan pengambilan B-complex)
5. Susu tidak merudum walaupun period (kesan pengambilan Ostematrix (kalsium-magnesium))
6. Ibu dan baby tidak mudah sakit (kesan pengambilan Vitamin C & Vitalea)
7. Ibu tidak mudah letih (kesan pengambilan Vitalea dan ESP/ Meal Shake)
8. Membantu menurunkan berat badan si ibu secara alami (kesan pengambilan ESP, Omega, Lecithin, dan Alfalfa)
9. Ibu tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah (kesan pengambilan Vitalea)
10. Berat bayi selari dgn pembesarannya (kesan pengambilan Vitalea)





No comments:

Post a Comment