.

.

Saturday 7 June 2014

JERAWAT

APA ITU JERAWAT....? 



Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.



PUNCA JERAWAT



Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakitalahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.



SECARA RINGKASNYA....



Apa Itu Jerawat ?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atan bonjolan berwarna merah.


Apakah Yang Menyebabkan Jerawat ?

Gabungan faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. 

Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit mati), jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, ia adalah jerawat putih.

Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

Dinding folikel mungkin boleh pecah lalu membentuk bonjolan merah.



Faktor-Faktor Yang Menganggu Kulit


  • Gangguan hormon disebabkan oleh tekanan psikologi dan prahaid.
  • Faktor persekitarannya seperti kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak, penggunaan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut, pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris dan pakaian yang kasar.
  • Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.



Tanda-Tanda Jerawat



  • Ruam kulit atau luka pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain. 
  • Jerawat putih atau jerawat hitam
  • Kulit disekeliling menjadi kemerah-merahan
  • Radang di sekeliling tompokan pada kulit
  • Tompokan pada kulit menjadi berkerak 
  • Kulit menjadi berparut
  • Pigmentasi



 
 Supplement Shaklee untuk mencegah dan merawat jerawat :




  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • ESP







No comments:

Post a Comment